Wednesday, 24 October 2012

True

 Assalamualaikum 


23 August 1996 


Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

benda ni saya dpt dri orang, dia post kat page saya, saya suruh ibu saya baca, dia asyik cakap "hah betol tu" haha, bila saya baca balik, dan fikirkan apa yang saya selalu buat sebelum ni, terasa benda ni betol,bagi orang mungkin ada yang betol ada yang tak juga, tapi bagi saya sangat betol,bukan untuk saya je sorang, untuk awak semua pun mesti ada mcm ni, try lah cari kat mana mana :3 okay itu je, Assalamualaikum terima kasih kerana membaca.

Monday, 15 October 2012

Nasihat Ustaz Don & Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum :)


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.
Senarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.

  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
    - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
    - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
    - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
    - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
    - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
    - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
    - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
    - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
    - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
    - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
    JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus
ustaz azhar idrus mengenai soal hati dan cinta


  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.

Saturday, 13 October 2012

I'm sorry


18 july 2012 - 24 september 2012, tarikh permulaan dan mengakiran hubungan kita.

maafkan kerana saya selalu sakitkan hati awak, maafkan kerana saya tak selalu layan awak, maafkan kerana saya selalu buat awak sakit hati,

saya bahagia bersama awak selama 2bulan, awak selalu happykan saya, selalu ambil berat pasal saya, dan sayang saya, tapi saya, yang tak pandai hargai apa yang awak dah lakukan untuk saya,
saya memang patut bersendirian, tiada pasangan, kerana saya tak pandai hargai & menjaga hati dan perasaan orang, saya tahu saya banyak buat silap, saya memang tak layak untuk awak, dan saya harap awak jumpa lelaki yang lebih baik dari saya, yang selalu jaga awak, sayang awak, happykan awak,  ingat walaupun kita dah takda apa apa, tapi saya selalu perhatikan awak dari jauh untuk pastikan keadaan awak baik-2 sahaja.
Thanks for loving me, and I'm sorry for always being there, i'm sorry that i even care, i'm sorry and i hope you understand.

Take care, Assalamualaikum.
 
Design By www.faqihahhusni.com. Edited by Mohd Shukri