Tuesday 18 December 2012

Kawan.



Assalamualaikum, izinkan saya update...

Ada banyak jenis kawan: ada yang ikhlas berkawan dengan kita, ada yang tak ikhlas berkawan dengan kita, ada yang berkawan dengan kita sebab kita banyak duit, ada yang berkawan dengan kita sebab nakkan pertolongan dari kita je, ada juga kawan sebab paras rupa, dalam memilih kawan sebenarnya tak salah, asalkan yg kita pilih tak menyusahkan kita sudah, ada kawan ni bila susah cari kawan, tapi bila senang lupa kawan, ada kawan senang lupa, bila jumpa kawan baru, dah lupa kawan lama,   ada juga kawan yang nak kita asyik ikut cakap dia je, dia buat kita mcm hamba dia plak.
dan ada juga kawan bila kita respect dia, dia pula makin pijak kepala kita, semakin kita respect dia, semakin dia pula buat kita macam budak budak, tapi kawan yang ikhlas berkawan bila kita susah dia akan tolong kita, bila kita sedih, dia akan cuba happykan kita, bila kita risau dia tanya kita kenapa, bila kita salah, dia tegur kesalahan kita, dalam mencari kawan kita kena berhati hati, kita jangan mudah percaya, kita jangan suka ber'rahsia dengan kawan, selain kita dah kenal dia betul betul, sebab kawan boleh menjadi lawan  dan kawan boleh berubah, kawan mudah lupa, dan jangan lah kita terpengaruh sangat dengan kawan sampai kita tak tahu jalan balik ke rumah... lol dah lebih ni, haha itu saja bye.


Wednesday 24 October 2012

True

 Assalamualaikum 


23 August 1996 


Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

benda ni saya dpt dri orang, dia post kat page saya, saya suruh ibu saya baca, dia asyik cakap "hah betol tu" haha, bila saya baca balik, dan fikirkan apa yang saya selalu buat sebelum ni, terasa benda ni betol,bagi orang mungkin ada yang betol ada yang tak juga, tapi bagi saya sangat betol,bukan untuk saya je sorang, untuk awak semua pun mesti ada mcm ni, try lah cari kat mana mana :3 okay itu je, Assalamualaikum terima kasih kerana membaca.

Monday 15 October 2012

Nasihat Ustaz Don & Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum :)


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.
Senarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.

  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
    - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
    - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
    - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
    - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
    - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
    - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
    - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
    - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
    - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
    - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
    JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus
ustaz azhar idrus mengenai soal hati dan cinta


  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.

Saturday 13 October 2012

I'm sorry


18 july 2012 - 24 september 2012, tarikh permulaan dan mengakiran hubungan kita.

maafkan kerana saya selalu sakitkan hati awak, maafkan kerana saya tak selalu layan awak, maafkan kerana saya selalu buat awak sakit hati,

saya bahagia bersama awak selama 2bulan, awak selalu happykan saya, selalu ambil berat pasal saya, dan sayang saya, tapi saya, yang tak pandai hargai apa yang awak dah lakukan untuk saya,
saya memang patut bersendirian, tiada pasangan, kerana saya tak pandai hargai & menjaga hati dan perasaan orang, saya tahu saya banyak buat silap, saya memang tak layak untuk awak, dan saya harap awak jumpa lelaki yang lebih baik dari saya, yang selalu jaga awak, sayang awak, happykan awak,  ingat walaupun kita dah takda apa apa, tapi saya selalu perhatikan awak dari jauh untuk pastikan keadaan awak baik-2 sahaja.
Thanks for loving me, and I'm sorry for always being there, i'm sorry that i even care, i'm sorry and i hope you understand.

Take care, Assalamualaikum.

Monday 9 July 2012

Smile :-)





Assalamualaikum awak yang membaca ni :-) Hi.. 
rasa bosan pula diwaktu petang ni T-T so izinkan saya update blog ye ;)


Kadang-kadang Allah turunkan hujan dengan ribut dan petir. Kita tercari-cari dimana  matahari. rupa rupanya Allah beri kita pelangi, begitu juga kehidupan. bila sedih, satu hari kita akan gembira, bila menangis, satu hari kita akan tertawa, tak boleh juga kalau setiap hari kita asyik tertawa tersenyum, sebab itu lah Allah beri kita dugaan, supaya kita faham erti kehidupan, dan hidup ni seperti tayar, what ever lah tayar apa sekali. nak tahu sebab apa hidup ni seperti tayar? tayar dia akan berjalan .. sejauh mana dia mampu bertahan, kadang kala dia akan pancit or ada masalah yang tak kena, 
begitu juga hidup, kita akan teruskan sampai kehadapan, kadang juga kita diserang masalah, 
itu lah nama dia dugaan.apa yang penting NIAT DAN TUJUAN itu penting dlm hidup kita, dan SABAR & IMAN juga itu patut kita jaga, :)


#KAWAN okay, sebenarnya tak salah kita pilih kawan, janji yang kita pilih tu tak menyusahkan.
kebanyakannya kawan ni suka penting diri sendiri :c yelah, bila dia susah dia akan tercari-cari kita,
minta tolong. dan bila dia senang dia lupakang kita, ibarat kita ni pakai buang bagi dia :c
awak kena lah pandai berkawan ;) saya dah biasa dgn semua ni. :-)


#JODOH: Soal jodoh? kita tidak boleh buat apa-apa, kerana jodoh Allah yang tentukan.
 Jodoh itu rahsia Allah s.w.t: Sekuat mana kita setia , sejujur mana kita menerima, Sejauh mana kita merancang jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama DIA, kita tetap tidak akan bersama degnannya. 
Ramai Bercouple dah berjanji hidup mati kononnya lah. last last break juga. Biarlah dia yang bernama jodoh itu lambat, asal kan tepat, dari pada buang masa mencintai orang yang salah ;)


Sekian Assalamualaikum ;) Thanks awak yang sudi membaca. maafkan saya jika ada yang salah or terkasar bahasa . okbye x

Thursday 5 July 2012

Betapa Istimewanya kaum wanita.

WANITA, ternyata dirimu begitu BERERTI:


Yang pertama kali memijak tanah suci adalah wanita (Bonda Siti Hajar)
Yang pertama kali mengimani agama ini pun wanita (Siti Khadijah)
Yang pertama kali berjihad dan syahid pun seorang wanita (Sumayyah)
Dan begitu istimewanya wanita, di dalam Al Qur’an pun terdapat surat tentang wanita (An Nisa)


Berbahagialah wahai WANITA, ternyata dirimu begitu BERERTI :)




Sekian Assalamualaikum.

Sunday 1 July 2012

Be nice with me :(


Assalamualaikum, Bye june, Hello july and I'm waiting you August my birthday ;)
And Hi awak yang membaca ni senyum sikit :D ni tetiba pula hati rasa nak update sebab kena twitlimit, ish kejam kan twitter tu T.T hmm btw, hidup single ni sangat lah bebas! takde sape kongkong, tapi hidup single ni sangat juga bosan, dan selalu jealous bila tengok pasangan yang berswee-sweet dan bergambar selalu, seriously jealous gila :'( and saya takda girlfriend cuma ada crush, setiap malam saya selalu tegur dia, dan kami happy.
saya cuba luahkan perasaan dekat dia, tapi........ tak boleh!! sebab saya takut dikecewakan lagi.
saya hanya mampu buat dia happy, dan saya berharap dia akan sedar yang saya suka dia.
tapi sebenarnya dia makin menjauh dari saya. okay sangat kecewa :( bila berharap terlalu lama last last
dikecewakan juga. fuhhhh tak boleh terima T-T tapi saya tahu, bukan seorang je perempuan ada didunia ini :)
mungkin buat semestara saya  lagi suka single :) sebab saya tahu ada lagi someone yang cuba gembirakan saya, cuma belum tepat dgn masanya lagi. And awak Bernama "Ex" saya rindu masa saya first time kenal awak sampai lah kita break. seriously rindu masa gelak ketawa bersama awak. saya sebenarnya still sayang awak, tapi ini semua kerana EGO saya yang terlalu tinggi sampaikan kita berpisah. saya masih sayang awak F :/ tapi sekarang pada /02/07/2012 awak dah mula suka dekat someone yg bernama kawan saya. hmm awak tahu tak yang saya setiap malam stalk awak? fav tweet awak, fav mention awk dgn dia. SAYA SANGAT JEALOUS melihat awak bersweet-sweet dgn dia, dan yang pasangan lain :'( okay ini semua salah saya!! mulai malam ini 02/07/2012 saya akan beruba. dan awak crush, saya janji akan ubah perangai saya, dan awak juga kawan, saya akan ubah perangai saya :') Insyaallah. bye x

 Hi Ex Crush and Ex girlfriend if you are happy, I'm happy too :) saya akan move on kembali, dan cari "DIA" yang bernama jodoh :-) Assalamualaikum x
 
                                                                  Untuk Awak Ex :)


eh eh ada lagi, awak awak dan awak semua kena ingat puasa tak lama lagi dan saya sangat tak sabar puasa tarawih and yang paling penting sekali main mercun yahuuu ~,~ LOL kbye x


Ya Allah Ya TuhanKu Panjangkan lah usia bumi mu ini amin....  Assalamualaikum bye x

         

                                                                   Thanks awak yang sudi baca tu :-) don't hate me tau x(

Wednesday 20 June 2012

Islam itu indah



Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

sekian Assalamualaikum~

Monday 18 June 2012

Your name is written all over my heart,
and you may not believe me but its true,
that I've always loved you since the start,
and that everything I do, I do it for you.



Don't ever give up on something or someone that you can't go a full day without thinking about.

Jangan...


Jangan sayang someone terlalu cepat kerana bila dia tinggalkan kita, kita mesti susah untuk lepaskan dia.
Jangan terlalu berharap pada someone, kerana, bila itu hanya mainan kita juga yang kecewa.
Jangan terlalu rindu seseorang kerana kita akan tertunggu tunggu.
dan jangan juga kita terlalu benci dkt seseorang kerana iya boleh bertukar menjadi sayang.




                                                  




Fake Smile


Saya hanya insal biasa yang hanya tahu mencintai dan dicintai. dan saya tak suka orang lain rampas orang yang saya sayang, walau saya tahu saya tak mampu buat si dia bahagia.

             


                                                                                   



                                              \I am not broke, I am just a broken hearted S/2

Wednesday 30 May 2012

True!





Semua orang ada kelebihan dan kekurangan, tiada siapa yg sempurna didunia ini,  kita patut bersyukur apa yg kita ada :')


ada kah anda memahami saya ? ‎"23 August 1996"

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan. 

Wednesday 4 April 2012

Smile :)


Assalamualaikum, Hi pada yg membaca :) dah lama tak sapu sampah dkt blog nie :D dah lama tak upldate :)
nie pun time bosan bru singgah :D haha, btw, nk update suka suki je.
okay selama aku single, aku lebih bahagia :') sebab ? single bebas, single jimat :D  tak kecewa, tak semuaaaaaa lahh :') aku mula cari website tentang cinta :) mutiara kata cinta,
;') bila aku baca rasa berdosa pulak bila aku teringat time couple :/
okay now aku dah tahu apa itu cinta :')

"Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ..." :')


"hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU."
Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta. :') sekian~


https://twitter.com/#!/MohdShukriMS
https://www.facebook.com/crazshukri
Assalamualaikum, bye ~
 
Design By www.faqihahhusni.com. Edited by Mohd Shukri